NADI Mahir Masak - Jus Buah Mangga & Thai Milk Tea

31 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Julai 2026, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti NADI Mahir Masak Intake 4 pada minggu ini iaitu bertajuk Jus buah mangga dan thai milk tea.
Kelas minggu ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas penyediaan jus buah dan aneka the mengikut kaedah yang betul. Ia juga meningkatkan kemahiran praktikal peserta dalam menyediakan minuman yang berkualiti, bersih dan selamat. Selain itu, ia memupuk keyakinan peserta untuk menghasilkan minuman sebagai kegunaan sendiri atau peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali